TikTok Malaysia kini membolehkan pengguna mendaftar sebagai “Affiliate” untuk mempromosikan produk TikTok Shop. Sebelum ini, promosi hanya boleh dilakukan dalam aplikasi TikTok, menjadikan ia sukar untuk berkongsi produk luar aplikasi.
Namun, dengan pengenalan ciri “Affiliate Link”, kini pengguna boleh menjana pautan affiliate dengan mudah. Caranya hampir sama seperti perkongsian pautan biasa di TikTok – hanya tekan butang kongsi dan hasilkan pautan. Namun, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu dalam Program Affiliate untuk mula memperoleh pendapatan melalui pautan tersebut.

TikTok juga menetapkan bahawa komisen daripada pautan affiliate sah untuk maksimum 100 hari, selepas itu pautan baru perlu dijana. Komisen bergantung kepada produk terakhir yang dilihat oleh pengguna melalui pautan yang dikongsi.
Bagi mereka yang aktif menggunakan TikTok Affiliate untuk menambah pendapatan, ini adalah peluang untuk memperluaskan promosi di luar aplikasi TikTok.
