Apple dilaporkan sedang membangunkan modem tersendiri untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pihak ketiga seperti Qualcomm. Modem ini dijangka digunakan pertama kali pada iPhone SE yang akan dilancarkan pada tahun 2025, diikuti dengan penggunaan pada model iPhone akan datang secara berperingkat.
Menurut Bloomberg, pembangunan modem ini juga akan membawa sokongan selular kepada peranti Apple lain seperti Mac dan Vision Pro. Modem buatan Apple dikatakan lebih kecil dan lebih cekap tenaga berbanding Qualcomm, membolehkan rekaan iPhone yang lebih nipis.

Selain itu, Apple juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menambah sokongan selular pada Mac, membolehkan pengguna kekal berhubung tanpa keperluan sambungan Wi-Fi. Jika diteruskan, sokongan selular pada Mac dijangka hadir selepas 2026, melalui modem generasi kedua Apple.
