Applikasi Suno Kini Tersedia Untuk Android – Cipta Lagu Dan Muzik Menggunakan A

Applikasi Suno Kini Tersedia Untuk Android – Cipta Lagu Dan Muzik Menggunakan A

Suno, perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan yang semakin popular, kini boleh didapati di platform Android selepas terlebih dahulu menawarkan perkhidmatan melalui web dan aplikasi iOS. Suno membolehkan pengguna menghasilkan muzik dan lagu dengan mudah hanya melalui input prompt, yang kemudiannya akan menghasilkan vokal, bunyi latar, dan muzik secara automatik untuk mencipta sebuah lagu lengkap.

Suno telah membuktikan dirinya sebagai peneraju dalam bidang penjanaan muzik menggunakan AI, menawarkan hasil yang lebih canggih berbanding beberapa pesaing di pasaran. Dengan pelancaran aplikasi Android versi 4 ini, pengguna kini boleh mencipta muzik secara lebih mudah dan pantas.

Bagi anda yang ingin mencuba, aplikasi Suno boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store. Mulakan perjalanan muzik anda dengan Suno hari ini!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *